Saturday, July 3, 2010

Alhamdulillah~~

Aku bersyukur sgt2....
akhirnya kerisauan aku selama ni dah pon hilang...
sblm ni aku agak risau gak...takut2 lepas abih grad nnt menganggur lama...
tp alhamdulillah la...tak smpt nak grad lg dah ada dua offer...
dedua company korea...tu yg aku rasa bertuah jugak
dpt dtg ke korea belajar...

memula aku pening gak memikir nak pilih...
tp lepas dah bincang ngan family suma...
aku buat keputusan utk masuk syarikat 'donghwa' instead of LG...
sbb bg aku, kalu amik LG...at least aku akan stay kat korea 2 taun utk kumpul pengalaman...
pastu balik msia at least dgn berbekalkan pengalaman dua taun...insyaAllah sng skit nak cari
keja...
donghwa plak..dia kasi training kat korea dlm 6-8 bulan...then dia akan hantar posting ke msia....
so ngan donghwa ni...kalu aku balik msia...takde la risau dah pasal keja....sbb balik terus terikat ngan dia...dah la kat msia...tmpt keja aku maybe di Merbok, Kedah...dkt dah ngan umah parents aku kat alor star tu...huhu

insyaAllah kalu takde ape2 halangan dan rintangan...
aku dah kena start kija 2hb August nie....
so maknanya...aku tak leh balek raya lg la taun ni jawabnya...
aku kena stay kat korea utk beberapa bulan lagi....huhu
doakan agar suma berjalan lancar la....dan doakan jugak aku dpt grad dgn jayanya 25 August nie...huhu...

Thursday, May 20, 2010

Sekadar renungan~~

Wahai lelaki,
janganlah sesekali diperlakukan wanita seumpama pengalas kaki,
selepas diperguna terus berlalu pergi,
sedangkan harga diri mereka amatlah tinggi,
sehingga agama meyuruh kita untuk melindungi.

Wahai wanita,
janganlah dianggap lelaki sebagai punca rezeki,
sehingga sanggup menggadai maruah diri,
janganlah terlalu memandang kepada duniawi
sehingga terlupa tentang akhirat nanti.

Beringatlah,
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi,
tetapi janganlah sampai agama ditolak ke tepi,
cinta sesama makhluk itu tak kekal abadi,
cinta kepada Allah itulah cinta yang hakiki.

Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri 2009 - Last Raya di Seoul Korea

20/9/2009 , pada tarikh keramat ni la..hari raya terakhir aku kat bumi korea ni...
disambut dgn meriahnya di kedutaan malaysia, seoul.
taun ni berbeza skit sambutannya berbanding taun2 lepas..
dimana yg mengelolakannya boleh dikatakan sepenuhnya oleh pelajar2 sendrik..
makanan pon sedap2...kira ok la sambutan kali ni...
Kali ni malas nak berleter panjang..kita layan video ni..
credit to ahpewz a.k.a hannis.....