Thursday, May 20, 2010

Sekadar renungan~~

Wahai lelaki,
janganlah sesekali diperlakukan wanita seumpama pengalas kaki,
selepas diperguna terus berlalu pergi,
sedangkan harga diri mereka amatlah tinggi,
sehingga agama meyuruh kita untuk melindungi.

Wahai wanita,
janganlah dianggap lelaki sebagai punca rezeki,
sehingga sanggup menggadai maruah diri,
janganlah terlalu memandang kepada duniawi
sehingga terlupa tentang akhirat nanti.

Beringatlah,
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi,
tetapi janganlah sampai agama ditolak ke tepi,
cinta sesama makhluk itu tak kekal abadi,
cinta kepada Allah itulah cinta yang hakiki.